Tuesday, October 10, 2023

PENGENALAN

 Bidang sukan di Malaysia pada masa kini menjadi suatu landasan untuk memupuk perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di negara ini,biarpun berlainan fahaman ideaologi,politik,berbeza agama serta bangsa namun ketika sokongan dan laungan kesepakatan dapat meruntuhkan perbezaan antara masyarakat ini dan membentuk satu muafakat dan gandingan bahu untuk memberi sokongan kepada tanah air yang tercinta ini. Sebagai contoh, apabila pasukan Harimau Malaya bertanding, semua sempadan terhapus dengan sendirinya kerana kita memberi fokus agar kemenangan dapat dicapai. Semuanya bersatu. Sama-sama bersorak,sukan dapat menyatukan rakyat kerana sukan adalah agen perpaduan. Aktiviti bersukan dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan pada masa sama menerapkan disiplin dan integriti dalam kalangan masyarakat.

No comments:

Post a Comment

Bola Sepak

  Bola sepak adalah sukan yang telah berlangsung selama berabad-abad dan bermula dengan sejarah yang agak kabur. Walaupun tidak mungkin untu...